My First Blog

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, July 31, 2013

Menanti Syawal Yang Indah....

Assalamualaikum w.b.t

Seperti biasa, hari ku dimulakan dengan pagi yang hening dan sayu.. Pada waktu itu aku baru tersedar dari mimpi lena.. Hariku pun d'teruskan seperti biasa.. Ketika aku sedang melipat selimut dari tubuhku.. Kedengaran suara merdu yang berbunyi.. Ketika suara itu d'alunkan aku terus merasakan betapa gembiranya hari Raya.. Selepas itu aku pun ke tandas dan terus bersiap untuk ke sekolah .. 


Sewaktu d'sekolah, alunan suara itu masih jelas d'telinga kecilku.. Ketika itu kesedihan menyemat d'hatiku.. Aku juga tidak mengerti apa yang terjadi pada diriku.. Ketika itu aku berasa sungguh sayu dan sunyi.. Mungkinkah aku teringatkan abang? mungkinkah aku terlalu rindukan abang? Mungkinkah aku masih menantikan kepulangan abang walaupun aku sedar bahawa dia tidak akan kembali kepada aku? Fikiranku mula hairan..


Beberapa jam kemudian , loceng pun berbunyi.. ketika itu aku sedang asyik mengelamun tentang abangku.. Aku teringat kenanga bahagia kami bersama sewaktu menyambut Hari Mulia ini..


Tetapi... 


Kini... 


Bermakna lagikah hari itu kepadaku? Tanpa kehadiran insan yang bernama abang? Mungkinkah aku akan dapat menerima kegembiraan hari itu? Aku sentiasa bertanyakan soalan yang sama.. Bahkan sudah berhari-hari soalan itu bermain d'fikiranku.. Mungkin aku teramat rindukan abang... Tapi aku harus menjalani hidupku seperti biasa.. Walaupun hidupku ada yang kurang..

Setiap kali aku ke berhadapan dengan hari-hari ku.. Aku terpaksa dan terpaksa memaksa diri ini untuk terus tersenyum walaupun senyumanku tersemat 1001 kesedihan.. Ya Allah apa yang harus aku lakuakan lagi untuk melupakan sementara kesedihan yang telah berlalu terlalu lama ini? Apa lagi dugaan dan ujian yang mahu kau beri kepada hambamu yang lemah lagi menghinakan ini? Ya Alllah cukuplah dengan pemergian si dia.. Jangan kau tambahkan lagi kesedihan d'hatiku ini.. Kesedihan d'hatiku ini masih belum terubat dan aku tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mengubati segala kerinduan dan kesedihan itu.. 

Bantulah hambamu ini.. Sob.. Sob.. :'( XOXO N

No comments:

Post a Comment