My First Blog

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, August 21, 2013

Aku mahu jadi 'PAKAR DOKTOR BEDAH'

Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah.
Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.
Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat). Sistem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).
Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai-bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidang-bidang perubatan klinik, penyelidikan perubatan, pembedahan, lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan.

#cari maklumat kat wikipedia.. Klo cmtu nnt nana nk blaja kt India laa.. hahah XOXO N